*first Malay blog*
Hooray! Tasha berjaya membuat 17 kek lapis tanpa pertolongan mama dan Alisha!
Sekarang, kedua belah kaki terasa amat sakit dan perlu diurut. Haha. Selain beraneka kek lapis yang dibakar, kami berjaya menyiapkan kueh tart dan biskut cokelat untuk rumah baru kami.
Sekarang, cuma tinggal untuk membersihkan dapur. Padahal sudah dikemas dan cuci tetapi pasal Tasha ini cerewet, Tasha mahu mencuci sekali lagi. Bahagian rumah yang lain sudah di kemas dan disusun bersih.
Cuma tinggal baju-baju raya yang perlu ditekan dan kami sudah bersedia untuk berhari raya bersama sanak-saudara and teman-teman setia ;)
Walaupun Tasha gembira Lebaran sudah hampir tiba, terasa hiba juga teringat arwah ayah dan Ramadan sudah hampir tiada.
Salam Lebaran and maaf zahir batin semua.
Tuesday, August 6, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment